“Ustaz, Boleh Tak Saya Nak Bacakan Talqin Untuk Isteri Saya?” – Permintaan Terakhir Suami Ini Amat Meruntun Jiwa

Loading...

Jodoh pertemuan aj4l m4ut itu adalah rahsia Allah, setiap yang hidup pasti akan pergi. Jadi untuk kita yang masih hidup ini haruslah meneruskan kehidupan dan menunaikan segala tanggungjawab sebaik – baiknya.

Ini kami ingin kongsikan sebuah kisah yang pasti meruntun jiwa anda. Selamat membaca dan semoga ia menjadi teladan untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada. InshaAllah.

“Sayang, Nanti Kita Jumpa Di Syurga…”

Petang, saya menerima satu panggilan telephone, pemanggil tersebut meminta saya menguruskan jen4zah ibunya.

Apabila sudah diamanahkan, tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemanggil tersebut yang letaknya tidak jauh dari kediaman saya. Saya tiba ketika hari sudah lewat petang. Orang ramai yang terdiri daripada sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan, sudah memenuhi kediaman tersebut.

Saya melangkah masuk, bertemu dengan suami dan anak-anak Allahy4rham. Selepas berbincang, kami mendapat kata sepakat. Jen4zah akan diuruskan keesokan hari kerana hari sudah lewat bertukar malam.

Petang itu, jenaz4h hanya dibersihkan dengan mengelap tubuhnya menggunakan kain sambil dibantu anak-anaknya seramai empat org, 2 lelaki.. 2 orang perempuan. Kesemuanya sudah besar dan ada di antaranya sudah berkahwin.

Esoknya seawal pagi, saya tiba semula ke rumah tersebut. Apabila mahu memandikan jen@zah, salah seorang anak datang kepada kepada saya.

“Boleh kami nak mandikan sendiri jen4zah ibu kami?” tanya si anak tadi.

“Boleh” jawab saya, senang hati mendengar permintaan si anak.

Memang itulah sebaik-baiknya. Lebih afdal anak sendiri yang uruskan ibu bapa mereka.

“Tapi Ustazah, kami ni tak pandai. Kami tak tahu apa. Ustazah ajarlah kami”, beritahu seorang lagi anak perempuan.

”Takde masalah. Saya boleh bagi tunjuk ajar,” jawab saya.

Ingatkan anak perempuan saja, rupanya 2 orang anak lelaki dan suami Allahy4rham mahu turut serta memandikan.
Sudah itu permintaan mereka, saya bersetuju, lagi pun Islam tak melarang, memang seorang suami boleh memandikan jenaz4h isterinya dan begitulah sebaliknya.

Namun disebabkan anak-anak lelaki mahu memandikan sama, saya terpaksa bahagikan tugas. Si suami, saya minta bersihkan bahagian kepala, anak lelaki di bahagian kaki dan anak perempuan dari bahagian badan membawa ke paha.

“Ambil sarung tangan ni seorang satu”. Ujar saya sambil menghulurkan sarung tangan getah untuk digunakan bagi memandikan j3nazah. Tapi, suami dan anak-anak menolak.

“Masa kecil, ibu mandikan kami tak pernah pakai sarung tangan. Kami tak mahu pakai”, tolak si anak lembut.

Saya sedikit tersentak mendengar kata-kata itu. Kagum dengan jawapan si anak. Terharu saya mendengarnya.

Kemudian, saya pegang paip getah dan lalukan air ke muka jen4zah. Si Suami mula bersihkan wajah isterinya. Ketika si suami membersihkan wajah isterinya, satu drama yang menyayat hati dan penuh emosi berlaku.

Sambil menggosok lembut wajah jen4zah isterinya, si suami tadi mengungkap kembali satu persatu segala kenangannya ketika mereka hidup bersama.

“Sayang… inilah wajah manis yang abang tatap masa hidup. Inilah wajah yang abang pernah sayang. Wajah yang pernah jadi isteri Abang”, tutur suami sambil tangan lembut membersihkan wajah isteri tercinta.

Selesai muka, suami tadi beralih pula ke mulut, sekali lagi ungkapan manis terpancul dari mulut si suami.
“Sayang…inilah mulut yang selalu senyum pada abang. Inilah mulut yang selalu berbual dengan abang, hiburkan abang selama ni, mulut yang berikan abang semangat ketika berdepan masalah“, ungkapnya dengan linangan air mata.

Saya yang menyaksikan tindakan spontan suami itu turut menjadi sebak. Terharu mendengar kata-kata ikhlas dari suaminya. Saya tahu si suami benar-benar sayangkan isterinya.

Selesai bahagian si ayah, 2 anak perempuannya pula mengambil tempat. Sekali lagi hati saya tersentuh hingga jadi sebak. Sambil membersihkan tangan si ibu, anaknya meluahkan segala jasa ibu mereka.

“Ibu, inilah tangan yang besarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan makanan ke mulut kami. Inilah tangan yang dodoikan kami, jari jemari ini yang kesatkan airmata kami. Tangan ini juga yang dukung kami sewaktu kecil. Ibu.. jasa ibu amat besar”, tutur seorang anak perempuannya. Air matanya masih mengalir.

Apabila sampai ke perut, seorang lg anak perempuannya bersuara, “Ibu, inilah perut yang mngandungkan kami, terima kasih ibu, lahirkan kami, didik dan besarkan kami” ungkap si anak tersebut. Air mata mereka terus bercucuran.

Bukan hanya mereka, saudara-mara yang menyaksikan turut menangis, apatah lagi saya yg berada di sisi mereka.

Sungguh, waktu itu terasa begitu hening. Suasana sangat pilu. Menyaksikan semua kata-kata ikhlas ini dari suami dan anak.

Apabila selesai tugas anak perempuan, anak lelaki pula melunaskan bahagian mereka. Sambil membersihkan kaki, mereka meluahkn segala jasa wanita yang melahirkan mereka itu.

“Ibu, inilah kaki yang berjalan mencari rezeki untuk kami. Kaki inilah yang besarkan kami. Kaki inilah yang bawa kami bersiar-siar, hiburkan kami, jasa ibu tak terbalas. Terima kasih ibu”, ujar anak lelaki dengan suara tersekat-sekat.

Menyaksikan semua itu, air mata saya tak dapat dibendung lagi. Sesekali saya berpaling ke arah lain, mengesat air mata yang kian laju mengalir.

Sudah banyak jen4zah yang saya uruskan, tapi inilah kali pertama saya saksikan adegan yang meruntun jiwa. Hati saya tersentuh hiba.

Apabila semua anak sudah selesai, saya mengambil giliran semula. Saya mahu membersihkan bahagian dvbur. Tapi si suami menolak kerana dia mahu lakukan sndiri.

“Ni isteri saya, biar saya yang buat. Ustazah tolong ajarkan saya”, tutur si suami.

Sekali lagi saya akur dengan kehendaknya. Saya arahkan si suami supaya menekan perut secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan naj1s di dvbur.

Semasa si suami melakukannya, sekali lagi jiwa saya bagai dir0bek. Jiwa saya tersentuh mendengar lafaz ikhlas suaminya. Sambil menekan lembut perut isterinya, si suami bersuara lagi.

“Sayang, ini rahiim yang melahirkan anak-anak kita, menghasilkan zuriat kita, terima kasih Sayang”, tutur si suami lembut dengan matanya berkaca.

Sekali lagi air mata saya tertumpah. Di luar pula, air mata saudara-mara yang menyaksikan drama itu semakin laju.
Saya tahu semua yang menyaksikan terharu. Saya sendiri turut tersentuh dengan sikap keluarga ini. Sungguh, suaminya memang seorang yang baik dan sangat menghormati jasa seorang wanita bergelar isteri.

Selesai dimandikan dengan drama meruntun jiwa, jen4zah dibawa ke ruang tamu untuk dikafankan pula.
Pun sama, kerja ini dilakukan oleh anak & suami 4rwah dengan tunjuk ajar saya. Walaupun mengambil masa agak lama, semuanya selesai dengan mudah sebelum jena5ah dibawa ke tanah perkuu buran.

Tugas ini saya serahkan pula kepada suami saya. Selepas kuu bur dikambus & suami saya hendak memulakan bacaan talqin, suami Allahy4rham datang meminta izin.

‘Ustaz, boleh ke saya nak bacakan talqin untuk isteri saya?”…tanya dia kepada suami saya.

Suami saya mengangguk dan si suami tadi mengambil tempat di sebelahnya. Dalam keadaan suara yang serak kerana masih bersedih, si suami tadi memulakan bacaan. Bacaan kali ini memang lain sekali dari kebiasaannya.

‘Sayang, hari ini adalah hari terakhir kamu di muka bumi ini. Kamu berp1sah dengan anak-anak, Ayang berp1sah dengan Abang. Sayang.. malam ini Abang akan berteman hanya dengan anak-anak di sisi Abang”.

“Sayang, nanti akan datang malaikat mungkar dan nakir bertanya.. Siapa Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Siapakah saudara kamu?

“Abang minta tolong dari Sayang, jawab dengan tenang, dengan lidah lancar, Bahawasanya Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Petunjukku, Orangg Islam adalah saudaraku,” tutur si suami dgn sebak. Si suami tadi menyambung,

“Nanti kita akan berjumpa semula di Syurga. Sayang tunggu Abang di sana. Abang akan tetap merindui Sayang hingga akhir hayat Abang.”

Sungguh, waktu itu sekali lagi air mata saya berderai, bukan saya sahaja, hadirin lain pun sekali lagi menangis. Saya tahu mereka menangis & bersedih bukan kerana pemergian Allahy4rham, tapi tersentuh melihat kejadian tersebut.

Satu drama yang benar-benar berlaku, memperlihatkan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan cinta yang tulus ikhlas dari seorang suami kepada isteri. Kisah kasih sayang antara anak-anak dan ibu dalam keluarga ini.

Saya benar -benar kagum dan terharu dengan keluarga tersebut. Si anak bukanlah berpendidikan tinggi atau berlatarbelakang agama bergelar ustaz atau ustazah, tapi mereka semua mempunyai budi pekerti dan akhlak yang tinggi.

Lihat bagaimana mereka menghargai jasa seorang ibu sehingga ke akhir hayat. Bagi saya, mereka jadi begitu hasil kejayaan didikan seorang ibu yg berjaya memberikan kasih sayang & didikan dengan sempurna.

Sungguh, jen4zah wanita itu seorang yang bertuah memiliki suami dan anak-anak seperti itu….. SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akbar….

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Loading...

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : The Klasik

(Visited 15 times, 1 visits today)

Reply