Kod Rahsia Yang Anda Tak Mahu Dengar Ketika Belayar Naik Cruise

Loading...

BERCUTI sambil belayar dengan kapal cruise menjadi pengalaman yang santai untuk mereka yang memilih percutian jenis ini.

Tetapi di belakang tabir, kru ada kalanya perlu menggunakan kod tertentu untuk menangani keadaan kecem4san.

Pan1k semasa kecem4san boleh menjadikan masalah yang mungkin boleh diatasi menjadi lebih teruk.

Atas sebab ini, anak kapal di atas kapal cruise kebiasaannya diberi ungkapan kod untuk berkomunikasi semasa berlakunya kr1sis.

Ini membolehkan mereka dapat menangani keadaan tanpa membuatkan beratus-ratus atau ribuan penumpang berasa bimbang atau masuk campur.

Brandon Presser, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah pelayaran, bercakap tentang kod atau ungkapan rahsia dalam temu bual baru-baru ini.

Dan nampaknya, ayat tertentu digunakan apabila terdapat kejadian tak diingini berlaku semasa pelayaran.

Dia memberitahu Bloomberg: “Sangat penting bagi kakitangan mempunyai kata-kata kod supaya penumpang tidak ketakutan jika ada sesuatu yang tak kena.

”A ’30 -30 ‘misalnya bermaksud kru meminta staf penyelenggaraan untuk membersihkan kek0toran, tiga kali semasa saya bertugas, yang memanggilnya ‘PVI ‘(kejadian muntah awam).”

Presser menambah, kod perkataan juga digunakan dalam situasi yang lebih serius.

Dia menjelaskan: “Perkataan ‘Alpha’ adalah kecemasan perubatan, ‘Bravo’ adalah kebakaran dan ‘Kilo’ adalah arahan untuk semua kakitangan melaporkan kepada pos kecem4san mereka, yang contohnya berlaku sekiranya pemindahan diperlukan.

”Berhati-hati dengan ‘Echo’, yang disebut jika kapal itu mula hanyut, atau ‘Oscar’, yang bermaksud seseorang telah hilang ketika pelayaran.

“Seorang anggota kru memberitahu saya dia hanya mempunyai empat atau lima kali pengalaman ‘Oscar’ sepanjang 10 tahun pelayaran.”

Pendek kata, anda mungkin tidak perlu bimbang jika mendengar perkataan 30-30 atau PVI.

Tetapi pelancong mungkin perlu terus berjaga-jaga jika mereka menyedari istilah lain disebut.

Dalam k3s-k3s kecem4san, kakitangan dilatih dengan baik untuk menangani keadaan.

Insiden utama juga sangat jarang berlaku, jadi tidak perlu risau jika mahu bercuti sambil belayar di laut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Loading...

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : mStar

(Visited 23 times, 1 visits today)

Reply