13 Amalan RAHSIA Untuk Dipercepatkan Jodoh

Loading...

Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca ? Saya mendoakan Allah swt sentiasa melimpahkan rahmat serta kasih sayangnya kepada kita semua.

Kali ini Ustaz Ebit Liew berkongsi 13 amalan rahsia buat wanita atau lelaki bujang yang inginkan jodoh yang baik dan disegerakan.

Jom kita baca 13 amalan rahsia untuk dipercepatkan jodoh ni. Semoga Allah terima untuk keredhaan Allah dan dimudahkan serta diberkati in shaa Allah..

1. Jaga solat di awal waktu. Doa selepas solat fardhu sangat makbul. Lelaki jaga solat berjemaah di Masjid. Allah janji orang jaga solat adalah orang Allah. Allah janji ambil tanggungjawab ke atasnya termasuk jodohnya dan kehidupannya..

2. Betulkan niat perkahwinan untuk Redha Allah dan Allah semakin sayang. Sangka baik apa pun kerana Allah sayang. Itulah sebenarnya

3. Baca Yassin setiap pagi. Allah mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah mudahkan.

4. Baca surah Al-Waqiah setiap malam, Allah jauhkan dari kepapaan dan kesempitan.

5. Berterus terang dengan orang yang baik dan disukai untuk menerima sebagai suami atau isteri.

6. Jaga mak ayah dengan baik. Doa mak ayah sangat dan teramat penting.

7. Menerima orang ikhlas dalam hubungan yang segera ingin bernikah dengan kita. Jika tidak mahu bernikah itu tanda tidak ikhlas. Nikah itu kemuliaan. Lupakan orang yang tidak ikhlas.

Tidak wajar orang baik seperti saudara saudari berkorban untuk orang yang tidak ikhlas. Hidup perlu diteruskan. Bahagia dari Allah.

8. Cari kebaikan semua orang dan suka cari silap diri sendiri. Sebab kita tiada apa-apa. Semua milik Allah.

Jangan pandang rendah pada sesiapa dan terlalu takjub hebat sangat dunia seperti cantik, hensem, kaya, kereta, rumah dan lain-lain. Semua dari Allah. Dia beri dan dia boleh ambil. Kita semua sama. Segalanya milik Allah.

9. Bangun tahajud setiap malam walaupun 2 rakaat. Doa terus menuju kepada Allah. Sangat makbul. Tahajud kemuliaan dan ketinggian seorang mukmin. Semua orang Allah sayang tak tinggal tahajud..

10. Maafkan semua orang dan minta maaf walaupun rasa tak salah. Rasa sayang pada semua orang. Jika tak mampu, nampak yang tak berkenan di mata, doa ya Allah, dia lagi baik dari saya. Tukar buruk dia kepada baik. Minta kawan-kawan doakan.

11. Banyak senyum dan sedekah kemudian doa supaya Allah mudahkan dan beri yang terbaik. Jangan kedekut tolong orang dan belanja orang terutama keluarga sendiri. Kedekut buat diri sendiri bagus. Tapi pada orang lain tidak bagus.

Orang suka sedekah segala yang baik, Allah cepatkan termasuk perkahwinan jika kita nak. Suka sedekah, pasti semua sak1t, penyak1t, masalah, dengk1 orang, dan lain-lain semua boleh sembuh. Rahsia sedekah.

Sebab apa hebat sedekah? Sebab itu janji Allah pemilik segalanya yang kita tahu dan juga yang kita tak pernah tahu dan kayanya tidak berhajat pada apa pun.

12. Yakin selama ini apapun berlaku kerana dia sayang. Dia ingin beri perkara terbaik buat saudara saudari. Tidak pernah kita duga begitu sayangnya Allah.

Tiada siapa tahu melainkan bila kita sampai di sana. Bukan kerana d0sa atau benc1. Tapi kerana Allah terlalu sayang saudara saudari semua. Dia nak bagi yang paling baik.

13. Jauhi yang h4ram dan d0sa kerana kita tidak bahagia bukan kerana tiada pasangan tapi sebab kita buat d0sa. Janji Allah kita tenang bila kita ingat Allah.

Ia juga akan menarik orang yang baik dan ikhlas serta rajin akan tertawan kepada kita seperti magnet. Itulah kuasa Allah.

Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Kehidupan ini pun mudah bila kita kenal Allah. Perkahwinan itu mudah bila kenal Allah.

“Ya Allah ya Rahim kawan-kawan ku ini semuanya baik-baik..ya Allah berilah kawan-kawanku yang baik ini, inginkan kebaikan, soleh dan solehah ini pasangan yang baik, rajin bekerja dan berusaha, lemah lembut, jaga agama, daie, sayang keluarga, pemaaf dan orang yang takwa.

Ya Allah mudahkanlah dan segerakanlah buat semua kawan-kawanku ini ya Allah. Ya Allah jadikanlah segalanya asbab hidayah”

Ameen Ya Rabbal Alamin.

Loading...

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Ustaz Ebit Lew

(Visited 35 times, 1 visits today)

Reply