7 Tahun Menanti Anak Kedua, Isteri Zed Zaidi Selamat Lahirkan Bayi Kembar.

Loading...

PELAKON Zed Zaidi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Natalia Mustafa selamat melahirkan bayi kembar perempuan masing-masing seberat 3.15 kilogram dan 2.7 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kota Damansara.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, 39, memberitahu isterinya melahirkan bayi kembar mereka menerusi pembedahan kira-kira pukul 1.33 tengah hari pada Selasa.

“Sejak isteri hamil anak pertama lagi kami pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar. Tapi tak sangka pula untuk kelahiran kedua ini kami dapat bayi kembar.

“Apatah lagi tiada keturunan kami pun yang pernah dapat anak kembar. Tetapi saya bersyukur isteri dan bayi semuanya selamat dan sihat,” katanya kepada mStar.

Menurut Zed, dia dan isteri sebelum ini pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar namun tidak menyangka rezeki itu menjadi kenyataan.

Zed berkongsi berita gembira pada Selasa.

Bercerita lanjut, pelakon filem Sembilu 2005 ini berkata, dia nyaris keh1langan salah seorang daripada bayi tersebut apabila isterinya mengalami pend4rahan ketika hamil.

“Pada awalnya kami ke klinik dan buat imbasan, doktor tak beritahu ia kembar.

“Selepas itu kami ke hospital kerana isteri mengalami pend4rahan dan doktor memaklumkan salah seorang daripada mereka mungkin tak dapat hidup.

“Ketika itu baharulah kami tahu sebenarnya ia kembar,” katanya.

Dalam pada itu, Zed berkata ramai rakan-rakan yang mula meminta petua untuk mendapatkan anak kembar.

“Ia anugerah terindah buat saya. Kehadiran dua puteri ini adalah hadiah hari bapa paling bermakna buat saya.

“Ramai yang tanya saya petua untuk dapatkan anak kembar. Selain rezeki daripada Allah, saya amalkan minum susu setiap hari,” katanya.

Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011.

Loading...

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun.

Sumber: Mstar

(Visited 17 times, 1 visits today)

Reply