Akhirnya, DS Najib Razak Buka Mulut Mengenai Isu Perpindahan Kuih Yang Hangat Ini..

Insid3n kejadian gangguan di Kuil Maha Mariamman telah menggemparkan Malaysia, apabila telah berlaku insid3n kenderaan dan kini seorang anggota telah dilaporkan berada di Wad akibat diganggu oleh kumpulan kumpulan tidak bertanggungjawab.

Kejadian ini telah mendapat perhatian bekas perdana menteri, apabila beliau telah memuat naik status di laman rasminya meminta rakyat Malaysia menjaga keharmonian di negara.

Menurutnya, sepanjang tempoh pentadbirannya, kejadian sebegini tidak pernah berlaku. Bekas perdana menteri itu turut bersimpati dan menzahirkan rasa sedih atas perkara yang berlaku dan berharap kemenangan akan berpihak kepada rakyat.

Saya sedih perkara ini berlaku di negara kita…

Saya berasa kecewa dengan gangguan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Putra Heights.

Sepanjang tempoh pentadbiran saya, tidak pernah berlaku sebegini undang-undang atau tindakan sebegini.

Segala pembinaan, pemindahan atau penempatan semula mana-mana tempat beribadat dan perumahan, selalunya dibuat mengikut perancangan setelah konsultasi dan rundingan, dan mendapat persetujuan oleh semua pihak.

Kita cari penyelesaian yang baik sentiasa dan berpihak kepada rakyat

Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci dan saya doakan agar keputusan memihak kepada rakyat nanti.

Saya amat sedih membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini yang menyalahkan sesama sendiri dan ada juga yang salahkan pihak berkuasa – yang hari ini di tangan dan kawalan mereka.

Tindakan segera dan tindakan tegas juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak supaya tiada yang mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara.

Saya menyeru kepada semua pihak. Bertenang. Peliharalah keharmonian negara dan perpaduan kaum.

Jangan hilangkan apa yang kita telah bina sejak sekian lama.

Malaysia ini tanah air kita semua.

Jangan hilangkan keharmonian negara!

Saya sedih, sangat sedih ini berlaku di negara kita. Tiada perkataan yang dapat gambarkan betapa saya dan keluarga dengan keadaan ini.

Anggota-anggota pasukan perlu diberi penuh penghormatan dan kerjasama oleh semua pihak dan tidak patut dihalang dari menjalankan tugas mereka.

Dan tentu sekali, mereka tidak patut diganggu.

Saya doakan anggota ini, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Saya mohon kita semua doakan yang sama untuk Muhammad Adib..

Kepada keluarga Muhammad Adib, banyakkan bersabar dan tabah melalui saat ini. Perbanyakkan doa moga Muhammad Adib segera pulih.

Pada masa ini, kita semua perlu bertenang. Jangan r4gut keharmonian kita.

Muat naik status daripada bekas perdana menteri itu telah menerima perhatian rakyat yang turut menyokong agar keharmonian negara, serta semoga kejadian di Kuil Maha Mariamman dapat diselesaikan dengan baik.

Muat naik video lagu Satu Malaysia

Beliau juga telah berkongsi video Satu Malaysia di lamanya, dengan meninggalkan kapsyen,

Saya perhatikan klip video lagu ini tiba-tiba disebar semula melalui WhatsApp pagi ini. Agak lama tak dengar.

Sumber : Facebook Najib Razak

Reply