Anak derhaka pukul dan kurung ibu macam anjing di Bukit Mertajam

Tonton video di bawah ni.. kesian sangat min tengok vid ni… ya allah…

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat digambarkan apabila seorang warga emas cedera teruk selepas didera oleh anak dan menantunya sendiri.

Menurut sumber, kejadian dikatakan berlaku di PPR Desa Wawasan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, hari ini.

Mangsa dikatakan telah dikurung dan dipukul sejak sekian lama tetapi diketahui oleh orang lain. Namun, pada hari kejadian wanita malang ini telah meminta tolong jiran tetangga ketika anak dan menantunya tiada di rumah.

Jiran tetangga telah mengumpil pintu rumah sebelum menelefon pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Hasi pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati ianya dipenuhi dengan kesan calar dan parut akibat dipukul dengan benda tajam.

Sehubungan itu, pihak polis telah menahan tiga suspek dan membawa mereka ke IPD Perdana untuk siasat lanjut.

Kesian min tengok, sampai hati anak pukul ibu kandung sendiri hingga macam tu… diharap mangsa cepat sembuh. pls share…

Sumber cempedakcheese.com

(Visited 70 times, 5 visits today)

Reply