Beli Air Mineral RM9.55 dan Viralkan di Facebook, Akhirnya Kena Kecam Secara Berjamaah

Pada mulanya seorang wanita bernama Azleera Hamzah memuatnaik gambar sebotol air mineral berserta resit dengan harga RM9.55 sebotol.

Ni mencekik darah ke apa? First time beli mineral nak jejak RM10. Tulisnya ringkas di laman sosial facebook.
air mineral starbucks

Disebabkan postingnya itu, ia mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam. Sehingga kini posting itu mendapat ratusan perkongsian di laman facebook.

Dan seperti biasa, Malaysia yang terkenal dengan pahlawan papan kekunci pun terus menyerang hendap terhadap posting itu.

Antara komen-komen dari netizen adalah:

Naseb laaa zmn bljor dlu sis kje prtime 7e..jdnye x pelik klu air mineral brand evian ni hrga mahal..air ni x ditapis dr gunung sbb tu hrga dye mahal..

Die ni first time beli ke? Evian ni mmg mhl la. Tp kat oversea murah gilos. Hahaha

Siannya lah hai. Satu. Starbuck. 2. Genting. Baru nak belajar tu tp kesianlah , org kata jgn keja nak viral je lebih dah tak pasal tpampang sendiri yg xtau pape

Kak,memang bodoh dari kecik ke ?

Sakai la beli kat genting memang lah triple mahal lol.

Hahahahahaha air Evian ni memang mahal cik kak…lain la kalau beli Evian ni dkt u.k harga 1 pound sebotol. Murah sikit rm3 dr harga malaysia.hahahahhahahaha

Byk lagi tmpt boleh beli air mineral..nk bgtaw ko minum air mineral starbuck kan pastu acah2 ckp mahal..

Malaysia adalah negara orang-orang kaya, jadi janganlah berani untuk “complaint” itu mahal ini mahal. Kan tidak pasal-pasal dikecam secara berjamaah.

 

Jangan Lupa Komen Dan Share~

Reply