Gadis dari Malaysia Ini Tersenarai 25 Orang Yang “di Follow” Emma Watson Kerana…

Jika anda adalah peminat setia siri filem Harry Potter anda sudah pasti mengenali pelakon bernama Emma Maembong Watson. Emma Watson adalah pelakon utama siri filem Harry Potter.

Bergelar sebagai pelakon Hollywood sudah pasti menjadi perhatian seluruh dunia. Tidak hairanlah jika Emma Watson mengikuti akaun(follow akaun) instagram orang pun juga menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Jika kita perhatikan akaun instagram peribadi milik Emma Watson yang memiliki 50 juta pengikut, hanya 25 orang insan ini sahaja yang bertuah diikuti(di follow) oleh Emma Watson.

Di dalam 25 orang yang Emma Watson ikuti di instagram, seorang itu adalah gadis dari Malaysia. Hebat!

Dek kerana actress terkenal seperi Emma Watson yang mempunyai 50 juta pengikut maka ramailah netizen tidak berpuas hati dengan gadis ini.

Gadis dari Malaysia yang bernama Nurul Syahira mula menjadi bualan netizen dan makcik bawang di Malaysia.

Jom kita lihat apa kata Nurul Syahira mengenai perkara ini…

“Serious Sera tak sangka yang Emma Watson akan follow Sera. Ketika itu pada bulan 12 tahun 2018. Terkejut jugak lah bila Sera dapat notifikasi Emma follow Sera. Masa tu Sera baru saja bukak account Instagram. Bila Sera tengok, ada 5 orang followers yang follow termasuk EMMA WATSON! Sumpah Sera terkejut. Lepas tu, Sera screen shot, dan jadikan ia post pertama Sera, sejak tu semua followers Emma Watson dari seluruh dunia ni start follow Sera”.

Macam mana keadaan Sera bila netizen start mengecam dengan mengatakan awak buat autofollow, beli followers dan hack IG Emma?

“Sejujurnya Sera sendiri tak tahu macam mana nak hack dan fungsi autofollow semua tu. Kalau dah tak tahu, macam mana nak buat kan? Biasalah dengan netizen tu. Sebenarnya, masa awal-awal pun dah kena kecam dah, tapi tak seteruk baru-baru ni. Tak tahan dengan kecaman netizen, Sera buat keputusan untuk DM Emma dan suruh diaunfollow Sera. Tapi, Emma tak notice lagi DM Sera tu”.

Alahai netizen pun, sikit-sikit nak kecam orang. Biarlah Emma Watson nak follow akaun instagram Sera pun , janganlah jeles. Rezeki masing-masing. Kepada netizen, jangan suka kecam-kecam sebab awak tu sendu.

Sumber : Blog Ammar

 

Jangan Lupa Komen Dan Share~

Reply