Gadis Ini Marah Pekerja Domino’s Buat Pizza Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Respons Netizen

Seorang gadis yang ingin mencari pekerjaan melihat pekerja di sebuah restoran rangkaian Pizza terkenal, Domino’s, menyediakan dan memasak Pizza tanpa menggunakan sarung tangan. Dia kemudiannya merakam video pekerja tersebut semasa sedang menyediakan Pizza dan memuat naik video tersebut ke akaun Twitter miliknya.

“Saya datang sini nak cari kerja, tapi tengok apa saya jumpa! @dominos pekerja awak MENJIJIKKAN! Bukankah mereka semua sepatutnya pakai sarung tangan? Pasti ke kuku mereka bersih? OMG saya tak boleh faham! Baik awak bertindak. Pekerja Domino’s pengotor gila!

Video itu boleh ditonton di bawah:

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter menerangkan mengapa sarung tangan tidak digunakan:

“Pizza sukar dibentuk jika guna sarung tangan.”

“Kalau doh nampak tak kemas, pelanggan mengadu.”

Dia juga menekankan bahawa disebabkan tidak menggunakan sarung tangan, pekerja akan membasuh tangan dengan kerap dan sempurna.

“Kalau ada bakteria pun, ia akan mati apabila pizza dibakar dalam ketuhar.”

Penerangan itu juga dipersetujui akaun Twitter rasmi Dominos Malaysia.

Disebabkan tweet tersebut, gadis itu menerima pelbagai kecaman Netizen:

“Mak kau masak pun tak pakai sarung tanganlah!”

“Mamak tebar roti canai pun tak pakai sarung tangan.”

“Satu dunia tak pakai sarung tangan buat Pizza.”

Zaman sekarang ini, memang mudah menularkan sesuatu namun begitu ia sepatutnya tidak dilakukan tanpa usul periksa. Reputasi restoran boleh terjejas dengan dakwaan tidak berasas seperti ini. Mujur saja Domino’s tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis tersebut.

sumber : amazingnara.com

 

Jangan Lupa Komen Dan Share~

Reply