Izara Aishah Mengaku Suntik Bibir Untuk Lebih Mungil

Sebagai seorang selebriti, pastinya mereka harus menjaga penampilan. Kena nampak cantik dan bergaya memikat hati ramai.

Buat pelakon Izara Aishah beliau tidak mahu berpura-pura dan mengakui beliau melakukan suntikan pada bibirnya supaya lebih seksi dan mungil.

Izara begitu terbuka untuk berkongsi mengenai kaedah itu bersama peminatnya di Twitter. Bagaimanapun, suntikan itu bersifat sementara sahaja.

Pengakuan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang menyokong Izara kerana berterus-terang dan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Kata mereka, Izara tidak perlu apa-apa rawatan kecantikan kerana beliau sudah cantik semulajadi.

Sumber Berita : Twitter Izara Aishah via BeautifulNara

 

Jangan Lupa Komen Dan Share~

Reply