Kenapa Sharnaaz Ahmad ‘Unfollow’ Isteri Dan Keluarga Mertua Di Instagram? Sesuatu Sangat!

Masih lagi menjadi tanda tanya ramai pihak mengenai isu rumah tangga pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad bersama isterinya Noor Nabila. Berikutan, sejak kebelakangan ini Sharnaaz dilihat sering memuat naik kapsyen seperti dalam keadaan sedih.

Pun begitu, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh kedua-dua belah pihak malah mereka seakan bermain tarik tali dengan masing-masing dilihat sudah jarang memuat naik gambar berdua.

Ehh macam sesuatu jer, kenapa masing2 unfollow ?

Namun seperti dapat dihidu, didapati Sharnaaz dan Nabila sebenarnya masing-masing sudah tidak lagi mengikuti (follow) antara satu lain di akaun Instagram. Mana mungkin jika tiada masalah, sampai ke tahap unfollow kerana umum sedia tahu sebelum ini pasangan itu sering berkongsi gambar bersama.

Nabila juga dilihat unfollow akaun peribadi Sharnaaz

Sharnaaz tak follow adik beradik Nabila jugak?

Bukan sahaja isterinya, malah Sharnaaz juga dilihat berhenti mengikuti ibu mertua, Noor Kartini dan adik beradik Nabila seperti Neelofa dan Ameera di Instagramnya.

Sungguhpun begitu, kita janganlah mudah membuat andaian selagi tidak ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh pasangan itu. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia dan jika benar mereka kini mempunyai masalah diharap dapatlah ditangani dengan penuh hemah.

Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad, Instagram Noor Nabila via OhMyMedia

 

Jangan Lupa Komen Dan Share~

Reply