Kerap makan ikan masin berisiko hidap penyakit kanser

Apabila menyentuh mengenai menu seisi keluarga, tentu pening kepala dibuatnya. Mana taknya perlu memikirkan menu yang membuatkan suami dan anak-anak berselera menjamu hidangan. Selain masakan jenis berkuah dan kukus, menu yang ringkas seperti ikan atau telur masin pastinya menjadi menu penambah selera.

Namun, jika sering menjadi hidangan keluarga, ia sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan keluarga. Ikuti sebagaimana perkongsian Saintis MARDI, Dr Suri Roowi yang menjelaskan sebabnya.

PENGGEMAR IKAN MASIN, TELUR MASIN, SAYUR JERUK – AWAS !

Kajian menunjukkan seseorang akan terdedah kepada risiko kanser perut dan esofagus jika kerap memakan sayur-sayuran jeruk dan makanan masin seperti ikan masin, telur masin, sayur masin dan daging masin dan menggambilnya pada kadar tinggi.

Kajian oleh Saintis Korea ke atas lebih daripada 2 juta orang pula mendapati diet tinggi garam meningkatkan risiko kanser perut sebanyak 10 peratusPada tahun 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan pengambilan makanan tinggi g4ram pada kuantiti yang tinggi mungkin tingkatkan risiko kanser perut.

Kanser perut disebabkan oleh jangkitan bakteria Helicobacter pylori, banyak makan makanan tinggi garam, nitrit, merokok, alkohol, obesiti, radiasi dan faktor genetik.Budu juga tinggi kandungan garam.

Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan budu boleh bertindak sebagai anti kanser. Tetapi, tidak boleh diambil berlebihanPengambilan garam berlebihan juga mengundang risiko darah tinggi

Makan ikut kadarnya dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar !Sumber: Dr Suri Roowi Principal ScientistRujukana. World J Gastroenterol 2009 May 14; 15(18): 2204-2213 b. British Journal of Cancer (2009) 101, 1641 – 1647 c. Howard Wolinsky & American Journal of Clinical Nutrition, online March 10, 2010 d. Acad Sci. 1010: 399–404. doi:10.1196/annals.1299.073 via keluarga.my

Jangan lupa komen yaaa

(Visited 14 times, 1 visits today)

Reply