Kutip Hasil RM12,000 Ribu Sebulan Jual Telur Itik

Siapa sangka, dengan hanya menjual telur itik sahaja sudah dapat menjana pendapatan bulanan sekitar RM12,000 sebulan.

Warga emas, Che Hassan Che Mud yang berusia 59 tahun berjaya membuktikan kemampuannya menjana pendapatan lumayan dengan cara yang tersendiri sekaligus membebaskan diri dan keluarga daripada kemiskinan.

Menurut laporan Sinar Harian, Che Hassan mengusahakan ternakan telur itiknya sejak 2013 dengan bantuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi Program Azam Tani.

Sebelum menyertai program tersebut, pendapatannya hanya sekitar RM600 tetapi dengan bantuan Mardi, ia meningkat mendadak d4n mencecah RM12,000 sebulan.

“Pada peringkat awal, saya hanya menternak 50 ekor itik dan memproses telur masin kepada penduduk di kawasan kampung sahaja.

“Hasil bimbingan dari MARDI, saya telah menambah jumlah ternakan itik menjadi 100 ekor.

Selepas perniagaan dan perusahaan menunjukkan potensi, beliau akhirnya nekad untuk menambahkan ternakan itik bagi mengandakan hasil pengeluaran telur itik.

Che Hassan memberitahu, kini beliau memiliki kira-kira 1,100 ekor itik dan 4 reban yang ditempatkan berdekatan Kampung Che Mali, Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

“Setiap hari, sekitar 860 hingga 950 biji dikutip setiap hari d4n dibawa ke bengkel untuk penyediaan telur masin.

“Kerja tersebut turut dibantu penduduk kampung yang diupah secara harian dan ada juga yang berkerja tetap.

Memetik Harian Metro pula, Che Hassan juga akui mudah memelihara itik kerana ia bebas mencari makanan mereka sendiri di kawasan sawah padi.

“Itik yang dilepaskan akan bebas dan lebih aktif untuk mengawan selain kawasan sawah mempunyai banyak siput yang baik untuk ketahanan fizikalnya.

“Namun ada juga makanan tambahan yang saya beri supaya ia lebih sihat. Bagi penghasilan telur pula, ia bergantung kepada cuaca,” katanya yang sebelum ini turut mengusahakan sawah padi.

“Dengan menjual telur itik hasil penternakan ini, ia secara tidak langsung mengubah kehidupan kami sekeluarga, malah membantu kami keluar dari alam kemiskinan apabila mampu memperoleh pendapatan kasar RM12,000 sebulan,” katanya – Freemalaysiatoday.com

Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Tuhan bagi. Apapun yang kita lakukan mestilah ada usaha yang berterusan, bukannya tunggu kejayaan tu datang sendiri. Betul tak?

semoga kisah kejayaan warga emas ini menjadi inspirasi buat kita semua.

(Visited 154 times, 1 visits today)

Reply