Mia Sara Menangis Jualan Tudung Tak Laku

Mia Sara Menangis Jualan Tudung Tak Laku
Pelakon kanak-kanak terkenal iaitu Mia Sara Nasuha yang kini berumur 11 tahun menceritakan pengalaman sedihnya kepada hadirin di majlis pelancaran jenamanya itu bertempat di hotel Royal, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Walaupun Mia masih lagi bergelar seorang kanak-kanak tetapi itu tidak menghalangnya untuk menceburi bidang perniagaan tudung dan busana menerusi jenamanya sendiri, Mia Sara (MS) Couture.mia sara couture.jpeg

Pengalaman saat mula-mula mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Adat berniaga, ada untung dan ruginya. Pernah satu ketika tidak ada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

“MS Couture ni pada mulanya sangat kecil. Masa tu kami jual tudung bawah khemah jer, di Kampung Batu. Pernah ada ketika, tiada seorang pelanggan pun yang datang membeli tudung Mia.

“Sampaikan pernah Mia rasa macam putus asa dan cadangkan pada papa agar buat saja jualan secara online tapi kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,” tuturnya sambil mengalirkan air mata.

“Tapi hari ini Mia bersyukur dan tak sangka MS Couture ni semakin besar dan Mia sekarang sudah ada jenama tudung sendiri. Segala penat lelah dan usaha keras saya, papa dan rakan kongsi kami abang Azman berbaloi.

“Tambahan selepas Mia diundang oleh TV Al-Hijrah dan berpeluang mempromosikan koleksi tudung saya, jualan tudung saya semakin mendapat sambutan,” sambungnya menahan esak.

Mia Sara Nasuha sebelum ini membuat keputusan untuk berhijab dan Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini tawaran lakonan masih ada. Alhamdulillah… Rezeki Allah itu luas.

Sumber : Blog Ammar

 

Jangan Lupa Komen Dan Share~

Reply