Nonny Nadirah Hidap Sakit Misteri?

“SAYA dah cukup sengsara. Apa salah saya? Kenapa buat saya macam ini?” Demikian kata pelakon, Nonny Nadirah yang terlantar sakit seminggu akibat penyakit misteri.

Nonny, 29, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata, sepanjang sakit dia tidak boleh bangun, makan dan minum hingga dimasukkan ke hospital.

Katanya, dua tahun lalu dia mengalami perkara sama apabila secara tiba-tiba pengsan di lokasi penggambaran.

“Selepas lebih setahun, penyakit sama datang balik. Apa saya perasan, setiap kali mula bekerja ‘benda’ ini mengganggu saya. Cuma kali ini agak lama hingga menyusahkan banyak pihak.

“Hasil pemeriksaan doktor saya tak sakit apa-apa. Jadi, saya reda saja dan sentiasa berfikiran positif meskipun pelbagai dugaan menimpa.

“Mungkin orang itu nak buat saya hilang kerjaya atau nak saya m4ti,” katanya yang dibenar keluar hospital, semalam.

Nonny yang berkahwin pada Mac lalu berkata, disebabkan sakit misteri itu dia banyak menyendiri dan kurang bergaul dengan orang dalam industri.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Allah lebih mengetahui dan menghendaki segalanya. Setiap kali sakit, mak selalu pesan supaya reda dan sentiasa tawakal. Paling penting jangan tinggal solat.

“Disebabkan penyakit ini, saya kurang bergaul dengan orang dalam industri dan lebih banyak buat hal sendiri. Sedangkan sebelum ini orang kenal saya seorang yang mesra.

“Apa pun, saya hanya mampu berdoa. Biarlah perbuatan orang itu dapat pembalasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nonny yang kini terbabit dalam penggambaran drama Cekelat Honey akan kembali ke lokasi penggambaran esok.

“Saya nak minta maaf kepada seluruh kru produksi dan pelakon yang terbabit dalam drama ini.

“Saya menyusahkan semua orang kerana tak dapat hadirkan diri untuk penggambaran,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Reply