‘PM tepi’ boleh dihukum RM50,000 – (KPDNHEP)

‘PM tepi’ boleh dihukum RM50,000

TINDAKAN sebuah syarikat perabot di Seri Kembangan, Selangor, menggunakan strategi perniagaan ‘PM tepi’ tanpa mendedahkan maklumat lengkap mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Serbuan pada jam 2.25 petang itu dilakukan hasil aduan awam berhubung syarikat itu yang menggunakan konsep PM atau mesej peribadi ketika berurusan.

Bertindak atas aduan, pihak KPDNHEP bertindak menyerbu syarikat berkenaa yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu di Seri Kembangan, Selangor, pada jam 2.25 petang semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, siasatan awal pihaknya mendapati syarikat itu beroperasi menerusi laman Facebook (FB) sejak Ogos tahun lalu.

“Kita berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan beliau mengakui pihaknya tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Selangor, di sini.

Beliau berkata tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) d4n denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Katanya, sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian.

“Bagi tahun ini pula, sebanyak 194 aduan sudah diterima membabitkan masalah pembelian secara dalam talian seperti penjual tidak pamerkan harga barang, lambat terima barang, barang yang diterima tidak seperti yang diiklankan d4n lain-lain,” katanya.

Azman berkata, penjual atau peniaga perlu meletakkan maklumat yang jelas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan supaya hak pengguna tidak dicabul.

Katanya, penjual perlu mempamerkan nama syarikat (pendaftaran), alamat e-mel atau nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pengguna dan mempamerkan secara ringkas ciri-ciri utama barangan mereka.

“Mereka juga perlu mempamerkan harga termasuk kos penghantaran serta cukai jika ada; kaedah pembayaran yang digunakan dan terma, syarat serta sebarang jaminan pengembalian barangan jika pelanggan tidak puas hati,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghalang strategi yang digunakan oleh peniaga untuk menarik pembeli, bagaimanapun perlindungan terhadap hak pengguna tidak boleh diketepikan.

Sementara itu, Azman berkata, konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 – Harian Metro

Kadang kadang kita dah letak harga tapi pembeli masih nak taip PM, sesetengah sellers tidak meletakkan tanda harga kerana harga barang bergantung pada volume dan pelanggan tetap. Apa pendapat anda?

(Visited 46 times, 5 visits today)

Reply