Ramai Yang Teruja Tokoh Perniagaan Vincent Tan Akan Melakukan Sesuatu Perkara Yang Besar Untuk Adib

Tokoh perniagaan Vincent Tan akan mendermakan RM50,000 kepada Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang tercedera dalam insiden rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, 26 Nov lalu.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi membantu Muhammad Adib, 24, yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan dijangka melangsungkan perkahwinan bulan ini.

“Kita beri sumbangan ini untuk bantu Muhammad Adib yang sedang dirawat dan akan berkahwin bulan ini atas dasar kemanusian,” katanya ringkas kepada pemberita.

Muhammad Adib, diserang perusuh pada awal pagi Selasa lalu ketika ditugaskan ke lokasi berhampiran kuil berkenaan.

Rusuhan berkenaan tercetus susulan pertikaian berhubung pemindahan tapak kuil yang tidak dipersetujui beberapa penganut Hindu.

Susulan itu, Muhamad Adib kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) bagi membolehkan beliau menggunakan peralatan khas yang diharap dapat membantu beliau pulih lebih cepat.

Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Dr Mohd Azhari Yakub berkata keadaan Muhammad Adib semakin baik. Setakat semalam, polis telah menahan 58 individu bagi membantu siasatan kes rusuhan tersebut.

Terdahulu, Tan mengadakan lawatan ke kuil berkenaan bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Dalam pertemuan itu Tan turut membincangkan cadangan penubuhan dana untuk membeli tanah kuil terbabit.

Katanya, ia adalah cara terbaik untuk memastikan kuil itu kekal di sana. Kes Perpindahan Kuil Mariamman, Vincent Tan tampil memberi idea untuk menyelesaikan isu terbabit


Tokoh perniagaan terkemuka Vincent Tan mencadangkan penubuhan sebuah tabung bagi membolehkan orang ramai menyumbang bagi membantu membeli tapak tanah Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

Ini, katanya, akan membolehkan kuil itu – yang menyaksikan rusuhan selama dua hari akibat pertikaian tanah baru-baru ini – untuk kekal di tapak sekarang.

The Star Online melaporkan bahawa Tan, yang adalah pengasas dan penasihat Berjaya Corp Bhd, juga menjanjikan wang RM500,000 untuk memulakan tabung itu.

“Orang ramai boleh beli tanah itu, bayar pemaju dan kekalkan kuil di tapak itu.

“Sukar untuk mengharapkan kerajaan negeri Selangor membeli tanah itu.

“Kita yakin lebih ramai rakyat Malaysia bersedia untuk menderma untuk mengekalkan kuil itu,” katanya yang dipetik oleh portal itu, sambil menambah bahawa beliau merancang untuk mendapatkan pendanaan awam berhubung inisiatif itu.

Tan berkata, beliau akan memberikan lebih banyak butiran dan mekanisme sokongan untuk tabung itu tidak lama lagi. Bekas pengerusi MCT Bhd, Barry Goh turut dilaporkan akan menyertai Tan dalam menjanjikan RM500,000 untuk tabung itu.

Tanah kuil yang terletak di USJ25 di Subang Jaya itu, adalah milik One City Development, anak syarikat MCT Berhad. MCT pada awal tahun ini dibeli oleh Ayala Corporation yang beribu pejabat di Filipina.

Menurut laporan The Star Online, tanah itu kini bernilai antara RM14.37 juta dan RM15.33 juta.

Reply