Saintis Temui Ulat Pemakan Plastik Selamatkan Bumi

Saintis telah menemui ulat ajaib yang boleh memakan plastik dan mampu mengurangkan kesan kemusnahan alam sekitar akibat pencemaran penggunaan plastik.

Kesan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan plastik amat membimbangkan sehingga membawa ke tahap bencana. Setiap tahun, lebih satu juta haiwan marin mati akibat pembuangan plastik ke dalam laut.

Manusia menggunakan plastik dengan jumlah yang banyak setiap hari di mana dalam setiap minit sebanyak 2 juta beg plastik telah digunakan. Dan ini adalah angka sahih yang dikemukakan dalam kajian.

Sejak kebelakangan ini, dunia semakin menyedari betapa pencemaran pembuangan plastik boleh membawa kemusnahan yang besar kepada alam sekitar.

Sementara saintis sedang gigih mencari jalan penyelesaian akan masalah sejagat ini, mereka telah menemui satu penemuan secara tidak sengaja.

Saintis telah menemui ulat kecil yang amat berkuasa dan menakjubkan apabila ulat ini mampu untuk membantu memakan longgokan plastik yang telah dibuang secara cuai ke dalam lautan.

‘Waxworm’ atau ulat lilin adalah larva kupu-kupu lilin yang biasa membiak pada sarang lebah mungkin menjadi kunci penyelesaian alam sekitar kepada pembuatan plastik boleh urai dan sekali gus akan menyelamatkan planet bumi.

Penemuan secara tidak sengaja oleh seorang saintis d4n pemelihara lebah, Federica Bertocchini ketika sarang lebah yang dipeliharanya dipenuhi dengan ulat larva kupu-kupu lilin.

Pada satu hari, Federica membuat keputusan untuk membersihkan sarang lebah buatannya lalu telah meletakkannya ke dalam sehelai beg plastik.

Tidak lama selepas itu, Federica telah memerhatikan bagaimana ulat ini telah menyusup keluar dari lubang plastik dan berada di merata tempat. Federica mendapati beg plastik ini telah ditebuk dan dipenuhi dengan lubang.

Federica berasa begitu tertarik dan ingin mengetahui lebih lanjut sama ada ulat-ulat ini telah memecahkan plastik itu secara kimia atau hanya memakannya, jadi beliau telah membuat keputusan untuk mengkajinya bersama sekumpulan penyelidik.

Penyelidik telah membawa ulat kupu-kupu lilin dan meletakkan mereka di atas beg plastik. Dalam masa 40 minit, lubang-lubang kecil pada plastik ini telah muncul sekali lagi!

Seorang saintis bernama Christopher Howe memberitahu NPR, “Jadi keputusannya, ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan kimia yang sedang berlaku dan ia bukanlah penguraian atau pemecahan secara fizikal.”

Kumpulan saintis ini mendapati bahawa terdapat enzim yang istimewa di dalam ulat ini y4ng telah mampu menguraikan plastik ini dalam kadar masa lebih cepat.

Kini, apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan terus membuat kajian apakah enzim ini dan proses penghadaman ulat kupu-kupu lilin.

Para saintis sedang dalam proses mengenal pasti sama ada penemuan mereka akan dapat memberi jalan penyelesaian dalam menyelamatkan spesies haiwan marin yang terus mengalami proses kepupusan disebabkan oleh pembuangan plastik ke dalam sungai d4n lautan, seperti Memerang, Anjing laut dan singa laut, Coastal Care, Labi-labi, Penyu laut, dan Burung laut.

Sumber : Bright Side , NPR Via erabaru.my

(Visited 53 times, 1 visits today)

Reply