Sasar export RM350 juta ke China beri berita gembira buat penanam Musang King

RAWANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk ulas dan pes ke China sebanyak 223,716 tan metrik dengan nilai eksport sebanyak RM350 juta, tahun ini.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayob, berkata sasaran itu dapat dicapai berdasarkan peningkatan fasiliti pemprosesan durian diluluskan di republik itu yang kini 31 fasiliti, berbanding 19 sebelum ini.

Katanya, ini susulan lawatan kementeriannya ke General Administration of Customs of People’s Republic 0f China (GACC), di Beijing pada 22 Februari lalu.

Beliau berkata, pengusaha yang terbabit dengan pengeksportan produk berkenaan perlu menjalankan perniagaan secara berintegriti dan tanggungjawab bagi memastikan nama baik durian negara terpelihara dan pengeksportan kekal untuk selama-lamanya.

“Kekalkan kualiti produk dihasilkannya yang memenuhi standard GACC serta elakkan percampuran durian kurang berkualiti dalam pembuatan pes, selain pastikan durian dari ladang berdaftar Jabatan Pertanian.

“Kerajaan mengalu-alukan kedatangan pegawai audit GACC ke fasiliti pemprosesan durian dan ladang raja buah itu, Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerjanya ke JL Food Industries Sdn Bhd di Taman Perindustrian Integrasi Rawang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Jamal Harizan Y4ng Razali dan Pengarah JL Food Industries Sdn Bhd, Heng Siang Huang.

Sementara itu, dalam sidang media, Salahuddin mengingatkan pengeksport durian ke republik berkenaan supaya tidak mengabaikan aspek kualiti serta mengelak penipuan dengan mengambil untung besar secara jalan mudah.

Sekali mereka menipu, katanya, sukar untuk mendapatkan kelulusan daripada GACC pada masa depan.

“Nilai eksport durian akan kita pertingkatkan dalam kuantiti lebih besar tanpa berkompromi dengan kualiti dari semasa ke semasa dan sudah tentu saya akan bekerja keras untuk mencapai sasaran berkenaan kerana yakin dengan p0tensi produk ini,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menggalakkan lebih ramai pelancong China datang ke negara ini untuk menikmati pelbagai spesies durian menerusi ‘Pelancongan Durian’.

“Saya percaya, usaha ini akan memberi pulangan lumayan kep4da pekebun durian menerusi penjualan pelbagai spesies durian dan menyediakan penginapan desa,” katanya – Berita Harian

(Visited 13 times, 1 visits today)

Reply