Seorang Lelaki Hembuskan Nafas Terakhir Selepas 10 Minit Terima Urutan Tradisional Thai..

BANGKOK: Selamatkah servis urutan tradisional yang sering menjadi tumpuan kebelakangan ini?

Persoalan itu tular di media sosial di negara Gajah Putih sejak Sabtu apabila berlaku kem4tian membabitkan seorang yang mendapatkan khidmat urutan di sebuah premis di sana.

Mang sa yang hanya dikenali sebagai Ton baru 10 minit diurut sebelum dia tiba-tiba menghembuskan nafas terakhir, lapor portal berita tempatan Sanook dan Amarin.

Terdahulu mang sa dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakan sebelum mengadu sakit akibat terkehel pada bahagian buku lalinya.

Ton kemudian mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan.

Namun seminggu kemudian, mang sa bersama beberapa rakannya pergi ke pasar terapung. Ketika di sana dia mengadu sakit pada kakinya dan mahu mendapatkan khidmat urutan.

Mang sa dikatakan baru berada di dalam premis itu selama 10 minit sebelum dia dilaporkan berhenti bernafas.

Malang baginya apabila ambulans hanya tiba 30 minit kemudian menyebabkan mang sa gagal diselamatkan.

Autopsi terhadap m4yat mendapati mang sa m4ti akibat darah beku.

Isteri mang sa menerima takdir kem4tian suaminya dan tidak menyalahkan kedai urut terbabit serta enggan membuat laporan polis.

Kedai urutan Thai terbabit bagaimanapun dilapor memberikan sumbangan sebanyak 40,000 baht (kira-kira RM5,100) kepada keluarga mang sa.

Sumber : Awani

Reply