[Tahun 2018] Inilah Top 5 Miss Janda Yang Paling HOT Di Malaysia.. No 4 Tu Penuh Kontroversi..

1. Fasha Sandha

Selepas perceraian Fasha Sandha, menambahkan lagi bilangan selebriti yang bergelar Miss J di negara kita. Berikut disiarkan lima selebriti janda muda lagi hot di Malaysia.

Pasangan Fasha Sandha, 32, dan Rizal Ashram Ramli (Jejai), 40, telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Namun pasangan ini telah bercerai pada 20 Januari lalu. Jejai melafazkan talak satu terhadap Fasha Sandha di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab serta turut dihadiri peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Fasha Sandha.

“Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama-sama kedua-dua anak saya, Putra Rayfal dan Putri Raysha,” ujar Fasha.

2. Rita Rudaini

Pasangan Rita Rudaini dan Aidil telah bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 2008 dan telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Rita telah diceraikan melalui SMS yang dihantar oleh oleh bekas suaminya Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak pada 4 Ogos 2013.Sehingga kini Rita masih solo dan berjaya sebagai ahli perniagaan.

3. Bella Dally

Pelakon Nazim Othman menamatkan teka-teki status perkahwinannya apabila mengumumkan dia dan isterinya, Bella Dally sudah berpisah.

Tanpa memaklumkan tarikh sebenar perpisahan mereka, Nazim dalam kenyataannya di Instagram berkata, perkahwinan yang dibina pada 10 September 2016 itu tidak mampu diselamatkan lagi. “Dengan rasa berat hati dan dukacita, ingin memaklumkan di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella sudah berakhir.

Rentetan pengakuan terbuka Nazim, 34, berhubung perkara itu, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 26, juga reda dengan perkara itu sambil menyifatkan betapa Allah sebaik-baik perancang di atas apa jua yang berlaku.

Menurut Bella, semua orang termasuk keluarganya sendiri juga tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi apabila mereka akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing baru-baru ini.

“Untuk memendekkan cerita, segala-galanya tampak tidak menjadi buat kami berdua.“Kami telah berusaha sedaya upaya dan memberikan yang terbaik untuk menyelesaikan segala-galanya, namun ia tetap tidak berhasil.

“Jadi, kami akhirnya membuat keputusan bahawa berpisah merupakan cara yang terbaik,” tulisnya di laman Instagram kelmarin.Passngan ini tidak mempunyai cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka

4. Intan Liana

Suami kepada aktres Izreen Azminda iaitu Ude melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.

Ikatan perkahwinan selama lima tahun pasangan itu terlerai apabila Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, melafazkan talak satu terhadap Intan, 33, pada pukul 9.50 pagi.

Lafaz dibuat Ude di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin dan mahkamah memerintahkan Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Intan dilihat menitiskan air mata ketika bersalaman dengan Ude dan selepas lafaz cerai dibuat oleh pemuzik bebas itu. Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

5. Joy Revfa

Hafiz menceraikan Joy Revfa dengan talak satu pada jam 4.10 petang di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu pada 12 Oktober lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017.Joy Revfa pernah berkahwin dengan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Joy Revfa pula menyifatkan penyelesaian itu sebagai jalan terbaik untuknya dan Hafiz.“Semuanya dah selesai. Saya nak teruskan kehidupan saya dengan anak dan perniagaan saya,” katanya.

 

Reply