Wanita Muda Kendong Bayi Ke Balai Ikat Jamin Suami Positif Ganja

DEMI SUAMI: Kelihatan wanita terbabit mengendong anaknya semasa mengikat jamin suaminya di lokasi kejadian.

KUCHING: Seorang wanita terpaksa mengendong bayinya yang baharu berusia sebulan untuk mengikat jamin suaminya yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana disyaki positif dadah dalam sekatan jalan raya di Kilometer 18.5 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 11.30 malam kelmarin.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu turut membawa dua l4gi anak kecilnya bersama-sama kerana tiada orang dapat menjaga mereka.

“Suami wanita itu berusia 26 tahun dan dia telah ditahan AADK selepas didapati positif dadah jenis syabu.

“Untuk menjamin suaminya, wanita itu terpaksa menumpang kereta orang lain ke lokasi kejadian sambil membawa tiga anaknya termasuk seorang bayi yang baharu berusia sebulan,” kata sumber.

Sementara itu, Timbalan Pengarah AADK Sarawak Winnie Lugit berkata, seramai 15 individu disyaki penagih dadah termasuk dua wanita ditangkap selepas didapati psoitif dadah dalam operasi bersepadu tersebut.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 38 tahun d4n merupakan warga tempatan.

“Seramai 15 penagih dadah berjaya dikesan di mana 14 daripadanya kita dapati positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang positif ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, kesemua y4ng ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Jika sabit kesalahan akan diperintahkan menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun atau di bawah perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun,” katanya lagi.

Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasu

ah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Alam Sekitar –Utusan Borneo

Gambar Hiasan (Wanita Gendong Bayi)

(Visited 41 times, 2 visits today)

Reply