“Tuhan Benar-Benar Yang Maha Baik Menghadirkanmu Dalam Hidupku,” – Indah Betul Ucapan Hanis Zalikha Buat Hairul Azreen

Pelakon Hanis Zalikha menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Hairul Azreen yang menyambut hari lahir ke-32 tahun.

Ibu kepada dua anak itu melahirkan kesyukuran berpeluang menjadi suri di hati suaminya dan ibu kepada dua permata berharga dalam hidup.

“Selamat ulangtahun kelahiran buat suamiku. Ku bersyukur diberi kesempatan dan nikmat menjadi isterimu. Mengenalimu, mencintaimu, mengasihimu, melengkapi hari-harimu, dan menjadi ibu buat anak-anakmu adalah amat berharga buatku.

“Maka ku mensyukuri hari ini dan setiap hari bersama denganmu. Tuhan benar-benar yang maha baik sekali menghadirkanmu dalam hidupku dan semoga kita saling bersama dalam rahmat dan redhaNya.

“Terima kasih kalian yang turut mengirim doa pada Tuhan buat kami di sini. Salam Ramadhan buat semua,” kongsinya.

View this post on Instagram

Selamat ulangtahun kelahiran buat suamiku. Ku bersyukur diberi kesempatan dan nikmat menjadi isterimu. Mengenalimu, mencintaimu, mengasihimu, melengkapi hari-harimu, dan menjadi ibu buat anak-anakmu adalah amat berharga buatku. Maka ku mensyukuri hari ini dan setiap hari bersama denganmu. Tuhan benar-benar yang maha baik sekali menghadirkanmu dalam hidupku dan semoga kita saling bersama dalam rahmat dan redhaNya. Terima kasih kalian yang turut mengirim doa pada Tuhan buat kami di sini Salam Ramadhan buat semua.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Hanis dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 7 bulan.

Foto : Instagram Hanis Zalikha

The post “Tuhan Benar-Benar Yang Maha Baik Menghadirkanmu Dalam Hidupku,” – Indah Betul Ucapan Hanis Zalikha Buat Hairul Azreen appeared first on Media Hiburan.

“Apa Kata Kurangkan BerTikTok Dan Tingkatkan Amal Ibadat,” – Nina Iskandar

Pelakon dari Brunei, Nina Iskandar memaklumkan telah menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Luah Nina, dia penat melihat sesetengah komen yang ditinggalkan netizen dan atas sebab itu dia mengambil tindakan tersebut.

IKLAN

Menjengah ke ruang Ig Story, ibu kepada seorang anak ini turut menyentuh isu Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan dan menasihati agar mengurangkan aktiviti bermain TikTok, sebaliknya lebih meningkatkan amal ibadat.

Selain itu, dia turut memberi peluang buat peminat untuk bertanya menerusi aplikasi Ask Me Question.

IKLAN

“I turned off the comments section cos I am sooo sick & tired of some comments.

“Sila tengok story saya dan hadam. K thanks bye happy fasting!,” tulisnya pada entri terkini di paparan Instagram.

“PKP entended – to more TikTok videos. Lol.

Di bulan Ramadan ni, apa kata kurangkan berTikTok dan tingkatkan amal ibadat,” kongsinya pula di ruang Ig Story.

Difahamkan Nina kini berada di Brunei dan akan memaklumkan negara itu mungkin menetapkan puasa pada 25 April berikutan tidak dapat melihat anak bulan.

Foto : Instagram Nina Iskandar

Dulu Gadis Sampah Kini Bakal Graduan University of Melbourne

Mencapai kejayaan dalam kehidupan yang sukar bukanlah sesuatu yang mudah, dan ia memerlukan pengorbanan dan kesukaran yang perlu kita hadapi.

Seperti kisah seorang gadis ini yang bernama Sophy Ron, di mana dia tidak bersekolah dan bekerja sebagai pekerja di tapak pelupusan sampah sehinggalah dia berusia 11 tahun.

Sebagai buruh kanak-kanak pada ketika itu, dia tidak berkesempatan untuk bersekolah seperti mana kanak-kanak yang lain namun akhirnya dia berjaya menerima biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne.

Sophy merupakan antara kanak-kanak terawal yang diselamatkan oleh Cambodian Children’s Fund (CCF) daripada bekerja di tapak pelupusan sampah terbesar di kota Phnom Penh, dan kini dia boleh berbangga kerana kejayaan yang telah dikecapinya pada hari ini.

Berbalik semula kepada kisah lamanya, Sophy akan menghabiskan 7 hari seminggu untuk mengasingkan sampah dan bernafas di dalam udara tercemar dan bertoksik bagi membantu ibu bapanya menyara kehidupan. Mereka lazimnya meneruskan kehidupan dengan mengutip sisa makanan yang telah pun dibuang.

Akan tetapi, Sophy kini mampu berdiri di depan khalayak ramai dan memberikan ucapannya dalam bahasa Inggeris dengan lancar – situasi yang sangat berbeza daripada masa silamnya.

Sungguhpun begitu, dia masih tidak melupakan asal usulnya dan memutuskan untuk pulang ke Kemboja untuk ‘menyambut’ kejayaannya itu bersama keluarga dan rakannya sehingga semester berikutnya bermula.

Orang ramai yang mengikuti kisahnya berasa sangat berbangga dengan pencapaian dan kegigihan gadis berkenaan. Usaha murni yang dilakukan oleh CCF untuk membantu golongan miskin yang dilanda kesusahan amatlah wajar.

Hal ini kerana, membantu kanak-kanak dalam kesusahan seharusnya menjadi komitmen global. Kita sepatutnya memainkan peranan agar setiap kanak-kanak mendapat hak mereka untuk menerima pendidikan.

Sumber: Cambodian Children’s Fund (CCF)

Kredit: Era Baru

The post Dulu Gadis Sampah Kini Bakal Graduan University of Melbourne appeared first on Pen Hitam.

Step By Step: Nasi Tomato Simple Tapi Sedap Macam Kenduri

Hari-hari makan nasi biasa pun muak juga kan? Sesekali teringin juga tekak ni nak makan nasi tomato. Tapi bukan senang nak cari orang jual nasi tomato pada hari-hari biasa. Tambah-tambah lagi yang sedap dan kena dengan tekak sendiri.

Continue reading “Step By Step: Nasi Tomato Simple Tapi Sedap Macam Kenduri”

Tular Burung Gagak Kelihatan Seperti Gorila dan Menyebabkan Pakar Tampil Jelaskan Mengenainya

Tular Burung Gagak Kelihatan Seperti Gorila dan Menyebabkan Pakar Tampil Jelaskan Mengenainya

Baru-baru ini, seekor burung gagak menjadi bintang sensasi internet apabila penampakannya di tepi jalan mencetuskan tanda tanya orang ramai. Sejak gambar yang memaparkan burung tersebut berdiri dengan cara yang aneh, ramai netizen cuba untuk merungkaikan pelbagai teori selain menggelar burung gagak itu sebagai ‘crowilla’.

朝から衝撃をありがとう。
心臓に悪い、 pic.twitter.com/fDlOGiumD6

— LIWJATAN (@keita_simpson) June 20, 2019

Rata-ratanya turut membuat lawak jenaka dengan menyamakan burung gagak itu dengan gorila. Ada yang membuat meme, lukisan lucu dan bermacam-macam lagi!

Sekali pandang, anda juga pasti terpinga-pinga melihat bagaimana burung gagak itu berdiri. Di manakah kakinya?? Justeru, ada segelintir netizen yang cuba untuk membuat andaian mengenai cara burung gagak itu berdiri dengan menyunting gambar seperti yang boleh anda lihat di bawah.

これを思い出した pic.twitter.com/lsbWBczfQT

— Yuki & Mofmof Party (@whitejavafinch) June 22, 2019

Pada masa yang sama, pengkaji burung gagak iaitu Dr. Kaeli Swift telah tampil bagi memberikan keterangan sekali gus menjelaskan kepada orang ramai tentang situasi tersebut. Menurut Dr. Kaeli, dia percaya bahawa kelakuan yang ditunjukkan oleh burung terbabit berkemungkinan besar disebabkan oleh kesakitan yang sedang dialaminya.

“Jika anda lihat pada dada burung itu, ianya kelihatan bentuk V yang bermaksud burung itu kurus kering dan kebuluran. Tambahan pula, burung yang sakit atau kurang zat akan menjatuhkan sayapnya seperti itu. Mulut yang tertutup atau kepala yang tidak senget menunjukkan burung ini sedang berjemur. Jadi, mungkin ia adalah burung kebuluran yang sedang berjemur di bawah matahari.”

Jelas Dr. Kaeli lagi, tindakan berjemur di bawah cahaya terik matahari ini adalah bertujuan untuk penjagaan bulu pelepah. Cahaya matahari dikatakan boleh membasmi kuman dan juga kutu.

“Saya suka belajar tentang burung kerana kepintaran mereka yang menakjubkan dan otak burung yang berbeza. Ini adalah satu peluang yang hebat untuk mempelajari tentang evolusi pemikiran berpusat.”

Sumber: Bored Panda, LIWJATAN | Twitter

Kredit: Era Baru

Jom Komen
ShareTweetPin

Bahayanya Buruk Sangka, Tak Sangka Sampai Makan Daging Saudara Sendiri

Firman Allah SWT bermaksud: Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Al-Hujurat: 12)

Berbaik sangka sangat dituntut dalam Islam kerana boleh mengelakkan daripada menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan. Manusia yang bersangka buruk seolah-olah memfitnah orang kerana sifat itu tidak mempunyai bukti nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadi fitnah yang membawa kepada dosa besar.

Berbaik sangka mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan. Antaranya supaya hubungan persahabatan serta persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas daripada sangka buruk, maka yang ada dalam hati adalah sangkaan yang baik-baik saja.

Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudara dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Pada masa sama kelebihan berbaik sangka adalah dapat mengelakkan masyarakat daripada berpecah-belah yang hanya akan merugikan anggotanya dan negara. Cuba kita perhatikan kata-kata Saidina Umar RA yang mengungkapkan: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan, selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Berbaik sangka sesama insan juga akan menghasilkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Ummah yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang berjaya, akan menguntungkan semua umat Islam termasuk diri sendiri.

Cegah kemungkaran

Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran di sekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada. Andai kata kita melihat atau ternampak orang melakukan dosa dan kemaksiatan tetapi masih bersikap baik sangka terhadap perlakuan mungkar itu, kita turut berkongsi saham dan tidak terlepas daripada menanggung dosa kemaksiatan orang terbabit.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah mencegah dengan tangan (kekuasaan); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan) dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (tidak senang, setuju dan reda). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim)

Sheikh Abdul Kadir al-Jailani berpesan supaya kita menginsafi kekurangan diri dan sentiasa bersikap berbaik sangka terhadap sesama insan. Beliau memberi empat nasihat kepada kita.

Pertama, jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinlah dia lebih baik darimu. Maka ucapkan dalam hatimu: “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi daripadaku.”

Kedua, jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu: “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku sudah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

Ketiga, jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia sudah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik daripadaku.”

Keempat, jika bertemu dengan orang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu: “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Berhati-hati

Berbaik sangka terhadap sesama makhluk lebih mulia daripada bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Namun, perlu diingat sangka baik perlu diimbangi sikap berhati-hati. Seperti mana perlunya berbaik sangka, begitulah juga kita perlu berhati-hati agar sifat baik itu tidak dieksploitasi musuh atau orang berkepentingan.

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung, terbinalah sikap matang dalam berbaik sangka. Kita berbaik sangka tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman sangat penting agar sikap berbaik sangka tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang berniat jahat.

Berikut adalah langkah yang perlu kita buat dan laksanakan agar diri kita termasuk dari golongan yang berbaik sangka.

Pertama, banyakkan berdoa kepada Allah. Ini kerana kita hanya insan sangat lemah dan kerdil serta tidak mampu melawan hasutan syaitan dan iblis melainkan petunjuk dan bantuan Allah SWT.

Kedua, kita meletakkan diri seperti orang lain. Jika kita mahu orang berbaik sangka dengan kita, kita perlu bersikap yang sama dengan orang dahulu.

Ketiga, ambil kata-kata orang dengan makna yang baik. Jika orang kata yang tidak baik kepada kita atau orang lain, pastikan kita sentiasa berbaik sangka agar tidak tertipu dengan helah syaitan. Ini kerana sebaik saja sangkaan buruk bertapak dalam hati, pelbagai dosa akan dilakukan.

Keempat, mencari ruang supaya kita boleh memaafkannya, iaitu dengan sentiasa berusaha mencari ruang berbaik sangka terhadap orang yang kita mahu bersangka buruk. Mungkin dia ditimpa musibah berat sehingga tergelincir dari kebenaran.

Kelima, jauhkan diri daripada menjatuh hukum atas niat seseorang, iaitu tidak menghukum orang sebaik saja menerima sesuatu maklumat kerana apa didengar tidak semestinya betul.

Orang bersangka buruk sama dosanya seperti memakan daging saudara yang siudah mati. Perkara buruk ini menjadi sebahagian sifat umat Islam hari ini yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islam dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti kukuh.

Justeru kita perlu memupuk sifat baik sangka dalam diri dan menterjemahkannya dalam realiti kehidupan.

sumber: BH

Ghurur, Dosa Yang Membuatkan Kita Tidak Akan Mencium Bau Syurga!

GHURUR adalah penyakit hati seperti dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin yang membahagikannya kepada empat golongan, iaitu ulama, abid (ahli ibadat), orang yang mengaku sufi, individu berharta yang tertipu dengan dunia.

Dari sudut bahasa, ia bermaksud tertipu dengan diri sendiri, manakala secara istilah pula, al-ghurur bererti seorang yang merasa bangga terhadap diri sehingga memandang remeh dan rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang lain.

Firman Allah SWT bermaksud: “Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan syaitan tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.” (An-Nisa’, ayat 120)

Al-Quran memberi amaran supaya kita tidak memiliki sifat ghurur sama ada disebabkan limpahan kekayaan, anak-pinak atau faktor pangkat dan kekuasaan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai manusia, apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Tuhan yang mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan diadakan) serta menjadikan (binaan badanmu) sepadan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja dikehendaki-Nya, Ia menyusun kejadianmu.” (Al-Infitaar, ayat 6-8)

Jangan lupa diri

Sekiranya manusia diberi pelbagai nikmat dan kelebihan, mereka perlu menyedari siapakah memberi nikmat itu, iaitu Allah SWT. Banyak kisah kebinasaan dalam al-Quran mengenai mereka yang memiliki sifat ghurur dan bersikap angkuh.

Iblis diusir dari syurga kerana sifat sombong yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS. Begitu juga kisah Qarun yang dikurniakan harta benda, bersikap sombong kepada kaumnya dan Allah SWT.

Firaun dan bala tenteranya menerima nasib sama apabila ditenggelamkan ke dasar laut apabila mengaku sebagai Tuhan. Kaum Nabi Lut menolak kebenaran yang disampaikan supaya meninggalkan tabiat buruk, seks songsang.

Mengapakah kita dilarang bersikap ghurur dan sombong? Manusia adalah makhluk lemah, tidak layak ciptaan yang lemah bermegah-megah dan sombong terhadap Allah SWT yang menjadikan alam semesta ini.

Bagaimanapun apa yang berlaku sebaliknya, masih ramai manusia lupa diri sehingga menjadi sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain dan menganggap diri sempurna.

 

Tanda ghurur

Rasulullah SAW mengingatkan bahaya sifat sombong seperti yang dilaporkan Abdullah Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya sedikit sifat sombong.” (HR Muslim)

Antara faktor menyebabkan lahir ghurur ialah lalai bermuhasabah diri, melampau atau berlebih-lebihan dalam urusan agama, bergantung dengan amal ketaatan dan lupa bahawa rahmat Allah SWT yang memasukkan kita ke dalam syurga-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah tiada seorangpun dari kalangan kamu akan selamat dengan amalannya semata-mata.” Sahabat bertanya: “Termasuk engkau wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Termasuk aku. Kecuali dengan rahmat dan kelebihan daripada Allah.” (HR Tirmizi)

Tanda ghurur ialah berterusan menghina dan memperbodohkan hasil usaha orang lain meskipun usaha mereka baik, banyak memperkatakan kebaikan dilakukannya serta sukar tunduk kepada kebenaran yang datang daripada orang jujur dan dipercayai.

 

Firman Allah SWT bermaksud: “Ketika kami berfirman kepada malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur, adalah ia termasuk dalam golongan orang kafir.” (Al-Baqarah, ayat 34)

Sentiasa merendah diri

Meneliti kisah salaf pasti menyentuh perasaan kerana mereka banyak beramal dengan ikhlas tetapi tidak bergantung padanya bahkan menganggap diri masih cuai. Apatah lagi kita insan biasa.

Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA berkata: “Kalaulah manusia mengetahui keadaanku, nescaya mereka melempar tanah ke atasku.”

Imam as-Shafie RA ketika hampir wafat ditanya: “Bagaimanakah keadaanmu, wahai Abu Abdullah?” Beliau menjawab: “Aku dalam keadaan meninggalkan dunia, berpisah daripada saudara-mara, bertemu dengan amalanku yang buruk, berjumpa dengan Allah dan aku tidak tahu adakah akan dibawa ke syurga atau neraka.”

Begitulah teladan ditunjukkan Abu Bakar dan Imam Shafie dalam memerangi sifat tercela, iaitu ghurur dan sombong.

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang sombong, takbur lagi membanggakan diri.” (Luqman, ayat 18)

Allah SWT memerintahkan kita bersikap tawaduk dan rendah diri. Kita semua berasal daripada setitis air mani, apalah yang hendak dibanggakan kerana akhirnya kita akan kembali kepada pencipta dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa.

sumber: berita harian

6 Dosa Yang Kita Lakukan Setiap Hari Tapi Tak Sedar!

Perlakuan dan perbuatan melalui sosial media yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

 

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

  1. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin

sumber: UN

 

“Hai, Saya Raja Malaysia” – Rihanna Dedah Pertemuan Kali Pertamanya Pada Musim Bunga Di Eropah.

Menurut Rihana, beliau bertemu bekas Yang di-Pertuan Agong pada musim bunga tahun 2017 yang lalu.

Umum sudah sedia maklum tentang perkhabaran bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah pun bernikah dengan bekas ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina yang kini dikenali sebagai Rihana Petra

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) pada

Perkhabaran ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya beberapa gambar serta video majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Rusia pada tahun lalu.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) pada

Image from Instagram @rihanapetra

Bahkan, kedua pasangan ini juga dikatakan sudah menimang cahaya mata yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei yang lalu.

Meskipun begitu, sehingga kini, baik Istana Negara mahupun kerajaan negeri Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkhabaran ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan DailyMail.uk, Rihana dikatakan bertemu Sultan Muhammad V ketika mempromosikan jam tangan elit di Eropah

“Oksana (yang kini dikenali sebagai Rihana) bekerja pada paparan jam tangan dan dia berdiri berhampiran poster dan mengiklankan barang-barang itu,” kata Pengarah Peraduan kecantikan Tatiana Andreeva kepada Daily Mail.

“Oksana adalah model, dia banyak bekerja di luar negara, jadi pertemuan tahap seperti ini sudah diramalkan,” tambah Tatiana.

Baru-baru ini, Rihana sendiri, menerusi laman Instagram mencerita secara ringkas kenangan bertemu Sultan Muhammad V buat pertama kali

Menurut Rihana, beliau bertemu bekas Yang di-Pertuan Agong pada musim bunga tahun 2017 yang lalu.

Tambahnya lagi, semasa pertemuannya itu, Sultan Muhammad V secara berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Rihana yang menyangkakan baginda sedang bergurau, turut sama memperkenalkan dirinya sebagai ratu di Moscow.

Namun begitu, Rihana tidak menceritakan sepenuhnya kisah beliau dengan baginda. Namun beliau berjanji akan ada kesinambungan kisah mereka berdua, barangkali dalam bentuk siri posting di laman Instagram.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kisah mereka selanjutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber: sumber

Abby Abadi ‘Ready’ Ulang-alik Klinik, Beri Gambaran Kini Hamil Pada Usia 42 Tahun.

PELAKON Abby Abadi menerusi Instagram memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil selepas membuat imbasan di sebuah klinik pada Sabtu lalu.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, bagaimanapun berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana masih terlalu awal.

“Suami @jaiezzany bawa saya pergi buat imbasan tadi (Sabtu). Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ya, segan nak cerita sekarang. Awal lagi hihi.

“Untuk doktor-doktor dan adik-adik di Klinik Anda, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ya,” kata Abby.

Abby berkongsi foto bersama doktor di klinik tersebut dengan kapsyen di laman sosial miliknya pada baru-baru ini.

Abby seakan memberi gambaran dia kini sedang hamil.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut mengucapkan tahniah dan membuat andaian bahawa pelakon drama Gerak Khas itu kini sedang berbadan dua.

Menguatkan lagi spekulasi tersebut apabila suaminya Faizal Zakaria juga meluahkan perasaan gembira dan syukur dengan perancangan Allah buat mereka sekeluarga.

“Hari ni (Sabtu) baru ada masa bawa My Love @abby_abadi112 ke klinik. Alhamdulilah… Perancangan Allah adalah yang terbaik. Syukur atas segala-galanya.

“Terima Kasih Allah, Moga hambaMu ini tidak lalai untuk terus bersujud padaMu,” katanya.

Dalam pada itu, Abby meluahkan rasa syukur dan berterima kasih serta memuji doktor-doktor yang melayan pesakit dengan baik.

“Alhamdulillah terima kasih doktor-doktor muda yang cantik menawan ni layan pesakit dengan sangat baik sekali. Sangat suka dapat kenal dengan doktor yang baik budi ni.

Abby masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas suami, Norman dan Memey.

“Dahlah baik, cantik, comel dan berbudi bahasa pula tu,” ujarnya.

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria atau dikenali sebagai Jaiezzany, 45, pada 14 Ogos 2015.

Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 Disember 2008.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Abby dan Faizal juga mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia pada tahun lalu.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) pada

Sumber: Mstar